Saturday, September 7, 2013
APLIKASI NOMBOR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Perkataan
Matematik dipinjam daripada perkataan
bahasa Inggeris iaitu "mathematics" yang berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang
bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit
dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman
klasik. Matematik atau disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh ditafsirkan sebagai
suatu kajian mengenai corak
struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami sebagai kajian
mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh
umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan
sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh itu, pada
hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang
ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai
aspek.
Kehidupan
seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara langsung
walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata pelajaran
Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga
peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar
dari asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan
keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik
iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat
operasi kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada
murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat
digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya
dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Matematik. penjual dan pembeli perlu
cara pengiraan yang betul untuk menjual dan membeli sesuatu. Nilai wang yang
digunakan perlulah tepat supaya tidak berlaku salah faham.
Masih
banyak kegunaan matematik yang tidak kita rasakan secara langsung, mungkin
kerana kita kurang peka terhadap peranan Matematik itu sendiri. Misalnya, ketika menunggu nyalaan lampu
isyarat. Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana pengiraan masa nyalaan lampu
hijau, merah dan kuning bagi setiap laluan agar tidak berlaku kesesatan lalu
lintas. Kita juga sering kali akan terfikir, seandainya kita dapat lampu merah,
mengapa untuk lampu lalu lintas berikutnya juga mendapat lampu merah. Begitu
juga jika mendapat lampu hijau, kita turut akan mendapat lampu hijau pula pada
lampu lalu lintas Tentu ini semua merupakan pengiraan yang memerlukan
Matematik. Dalam hal masakan pula, untuk
membuat kek memerlukan kita tahu konsep sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan
kiraan sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan
telur yang akan digunakan. Jika kiraan sukatan tepat maka terhasillah aduan dan
rasa kek yang diingini.
Fungsi matematik seterusnya ialah
bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu yang lain. Ilmu ini turut
diaplikasikan dalam bidang seperti Sains, Seni, Muzik dan lain-lain lagi. Dalam
cabang sains, matematik digunakan dalam eksperimen yang dijalankan yang
memerlukan pengorganisasian data-data dan penyediaan maklumat statistik
pengukuran bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Bagi pengiraan kelajuan dan
jarak sesuatu objek memerlukan pengiraan mengikut formula yang betul seperti
dalam hukum inersia dan hukum graviti.
Peredaran dan putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah
pengiraan yang betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji alam semesta atau
astronomi. Penggunaan matematik turut berlaku dalam penentuan kiraan hari dan
bulan untuk kalendar. Penghasilan
lukisan seni visual juga ada yang menggunakan konsep geometri dalam matematik
iaitu melukis cantuman bentuk-bentuk sekaligus menjadikan satu lukisan yang
menarik. Sama juga dengan garisan, dan lengkukan yang dilukis. Justeru, ilmu
matematik ini sememangnya merentasi aspek ilmu pengetahuan yang lain dan saling
melengkapi.
Penggunaan ilmu ini juga amat
penting dalam bidang ekonomi. Ini diakui sendiri oleh ahli-ahli ekonomi. Bagi memahami analisis ekonomi, seseorang itu
perlu celik matematik dan statistik. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal,
saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. Dalam sektor
swasta pula, seorang pengurus sesuatu firma perlu tahu untuk menggunakan
pendekatan matematik bagi merancang strategi firma yang bermatlamatkan
keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah
kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan
kuantiti input yang ditetapkan. Malahan model struktur ekonomi boleh memberikan
gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan
jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pewujudan peluang pekerjaan,
pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa matematik amat
sinonim dalam bidang ekonomi.
Di
sektor pembinaan dan pembangunan pula, peranan matematik turut digunakan. Semua
pembinaan bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan skala dan ukuran yang
betul dalam pelan sebelum menghasilkannya. Para arkitek dan jurutera
sememangnya adalah pakar dalam bidang ini. contohnya, dalam pembinaan sesuatu
bangunan perlu untuk tahu ketinggian bangunan sesuai dengan struktur permukaan
bumi, ukuran untuk ruang yang diperlukan dalam satu-satu ruangan. Ukuran yang
salah akan membawa kesan yang buruk kepada sesuatu pembinaan. Dalam perancangan
bandar, ilmu ini penting juga bagi menjadikan sesebuah bandar itu strategic dan
teratur keadaannya. Bandar yang terancang menyumbang kepada penambahan penduduk
dan memberi keselesaan kepada mereka.
Seiring
dengan kemajuan yang dicapai terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) turut melibatkan penggunaan bidang matematik. Perkembangan
matematik ini memunculkan peralatan moden seperti komputer. Matematik begitu
biasa dengan pengiraan begitu juga dengan
fungsi komputer yang boleh digunakan bagi mengira dan pada papan kekunci
diletakkan angka 0 hingga 9 namun kini fungsi komputer telah pun banyak kegunaannya.
Misalnya, bagi menghasilkan sesuatu perisian sistem ini perlu menggunakan
nombor-nombor tertentu. Begitu juga
dalam proses pemprograman data dan fail yang perlu. Sebenarnya, masih banyak
lagi sumbangan matematik dalam perkembangan TMK yang merupakan dasar ilmu
komputer.
Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana
hasil-hasil seni dilukis dan dibina.
Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang tersergam indah di
ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera dan
arkitek nya yang berkaliber.
Memandangkan matematik sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita,
ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas
dan siapa yang berada di bawah.
Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan
penguasaan matematik yang tinggi. Malah
di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan
yang layak dipohon oleh seseorang individu.
Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti
saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi
kepentingannya yang tersendiri kepada individu. Seperti yang kita tahu dalam
kehidupan seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan
seharian. Bagaimana perniagaan saham
boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap saat? Matematik yang
berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan
perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh
negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan
terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang
memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu, setiap pemegang
saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti
kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak
dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang
sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian
masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat
diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada
keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah
mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan
hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita
hadapi dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan
seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia
meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya
lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.
Bayangkan, seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran
apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak
boleh mengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara
tidak sedar kerana pada waktu yang sama, penjual aiskrim itu meningkatkan
kemahiran mengiranya setiap kali dia berurus niaga dengan pelanggan. Bayangkan
sekiranya dia menjual ais krim yang berharga pelbagai harga dan sebagai contoh,
Aiskrim Mat Kool vanilla yang disaluti coklat rangup yang berharga RM1.20 dan
aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini seharusnya
sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling
diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual
aiskrim sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan. Ramai peniaga
peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan
lancarnya. Itulah kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud
praktikal jika diamalkan selalu.
Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan
teori malah perlu praktikal selalu
supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin penting
kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui pendekatan
penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan. Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran
kemahiran tanpa konteks tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus
sebagai salah satu cara untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan
kemahiran yang telah diperoleh.
Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian
masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana
matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama
dalam matematik kerana, mereka berkata,
itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari
kehidupan sehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan
diri dengan perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek
lain dari kehidupan mereka.
Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek
perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan
kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah
matematik yang diurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadapi
masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah
salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara
Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter
yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta
merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh
berfikir dan boleh merancang perbelanjaan diri kita perlu mengelakkan dan
merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan
membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan
seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak
mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang
berkualiti dari segi intelek.
Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan
pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud ke arah
kepentingan yang paling umum dan menjadi
rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan
kehidupan seharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan dan ia sudah
sebati dalam konteks kehidupan manusia. Proses jual beli yang berlaku pada
setiap kedai yang wujud di seluruh dunia. Kewujudannya yang meluas yang
menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di
mana pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang
rempah ratus dan pada waktu yang lalu, mereka hanya menggunakan duit kupang
sebagai nilai emas mereka.
Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkan lagi bank di
dalam dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang
penting tentang kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik
seperti akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk
mahir dalam subjek ini. Oleh itu, pakar pakar Intelek mengatakan bahawa
matematik adalah subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri
yang menjadikan seorang itu cenderung untuk melakukan kira iaitu Abacos sebagai
contoh teknik mengira yang paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar
matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai
individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan
tolak.
Apa
yang dapat disimpulkan di sini, Matematik adalah satu subjek yang wajib dididik
kepada kanak - kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin
membesar, semakin banyak diguna pakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan
sahaja itu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk
difahami kerana teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu
yang penting dalam kehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun
tidak. Matematik ini pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang
supaya tahap kecerdasan intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya
untuk menjadi individu yang berguna pada masa akan datang, dan matematik juga
memainkan peranan yang amat besar dalam proses pertukaran barang yang sangat
diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik
maka mundur lah pembangunan manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah
perkembangannya.
Kesimpulannya, peranan matematik
sememangnya penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, setiap individu perlu
menguasai kemahiran dalam ilmu ini terutama bagi murid-murid yang mesti diajar
konsep dan asas matematik dengan betul. Ada pepatah mengatakan "sesiapa
yang menguasai matematik dan bahasa maka ia akan menguasai dunia". Ertinya
matematik sebagai media melatih untuk berfikir kritis, inovatif, kreatif, dan
mampu menyelesaikan masalah, sedangkan bahasa sebagai media menyampaikan
idea-idea atau gagasan serta yang ada dalam fikiran manusia.
Subscribe to:
Comments (Atom)